KEPERLUAN PENDIGITALAN DALAM PENGAUDITAN | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » KEPERLUAN PENDIGITALAN DALAM PENGAUDITAN

KEPERLUAN PENDIGITALAN DALAM PENGAUDITAN

Berita Oleh : Jawatankuasa Laman Web, Audit Dalam UPM

Putrajaya, 20 Febuari 2023 – Pengurusan yang bersistematik dan pemantauan yang teratur dalam sesuatu tugasan pengauditan adalah kaedah yang terbaik bagi memastikan setiap penemuan audit diberi perhatian dan diambil tindakan.

Bagi meningkatkan lagi kecekapan fungsi audit bagi menilai dan menyumbang kepada peningkatan tadbir urus organisasi, pengurusan risiko dan kawalan proses melalui pendekatan yang sistematik dan berdisplin. Wakil Audit Dalam Universiti Awam yang di ketuai oleh Encik ‘Ubaidillah Ozmin, Ketua Audit Dalam USM telah mengadakan lawatan ke Jabatan Audit Negara bagi mempelajari dan melihat proses pengauditan yang menggunakan sistem e-Audit oleh Jabatan Audit Negara.

 

Penerangan pembangunan dan penggunaan sistem ini telah disampaikan oleh YBrs Dr. Alifah Aida Lope Abdul Rahman, Pengarah Audit, ICT Bahagian Audit ICT Jabatan Audit Negara. Sesi penerangan ini berlangsung selama 3 jam yang menerangkan penggunaan sistem eAudit daripada perancangan sehingga pelaporan.

Modul sistem eAudit ini mengandungi modul pengauditan prestasi, pengauditan syarikat, pengauditan kewangan sehingga modul pelaporan. Penerangan yang lengkap ini berakhir pada jam 12:00 tengahari.

Tarikh Input: 24/02/2023 | Kemaskini: 09/03/2023 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdGAY~