SOALAN LAZIM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

PENGAUDITAN
1
Apakah tanggungjawab Bahagian Audit Dalam?

Tanggungjawab Bahagian Audit Dalam, Universiti Putra Malaysia ialah menjalankan pemeriksaan secara bebas (independent) ke atas semua Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian di bawah pentadbiran Universiti Putra Malaysia serta seterusnya melaporkan hasil-hasil penemuan itu kepada pihak auditi yang berkenaan sebelum dibawa ke Jawatan Kuasa Audit.   Maklumat lanjut boleh rujuk di : https://audit.upm.edu.my/mengenai_kami/latar_belakang_kami-5559

2
Mengapa Pengauditan Perlu Dijalankan?

Tujuan pengauditan dijalankan adalah bagi memastikan setiap PTJ mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan serta memastikan urus tadbir organisasi mengikut amalan pengurusan yang terbaik yang merangkumi kecekapan, keberkesanan, dan ekonomi berhubung dengan kewangan.

3
Apakah jenis pengauditan yang terlibat?

Jenis pengauditan terdiri daripada:-

  • Pengauditan Pengurusan Kewangan;
  • Pengauditan Prestasi;
  • Pengauditan Khas; dan
  • Pengauditan Susulan.
  • Keterangan lanjut boleh rujuk : https://audit.upm.edu.my/perkhidmatan/jenis_pengauditan-2844 

    4
    Apakah yang dimaksudkan pengauditan?

    Pengauditan merupakan penilaian, pemeriksaan dan analisis yang bersistematik ke atas penyata kewangan, operasi, rekod dan pengurusan pentadbiran sesuatu organisasi untuk memastikan samada ianya mengikut polisi, peraturan kewangan/perakaunan dan tatacara  yang sedang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

    5
    Bagaimana Proses kerja Pengauditan?

  • Membuat perancangan dan penyediaan Program Audit Tahunan yang akan disahkan oleh Jawatankuasa Audit.
  • Memaklumkan atau membuat perjumpaan dengan pihak diaudit (Auditee) dalam Entrance Conference.
  • Menjalankan kerja-kerja pengauditan di Fakulti/Unit/Bahagian/Cawangan.
  • Draf laporan audit dikeluarkan dan dibincangkan dalam Exit Conference.
  • Pihak diaudit (Auditee) diberi tempoh 21 hari dari tarikh draf laporan audit dikeluarkan untuk memberi ulasan.
  • Laporan muktamad dihantar terus kepada pihak diaudit (Auditee) dan salinannya kepada Naib Canselor.
  • Pembentangan laporan audit di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit.
  • Pihak Audit akan membuat audit susulan terhadap laporan audit selepas 6 bulan dibentangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA).
  •     Maklumat lanjut boleh rujuk di : https://audit.upm.edu.my/perkhidmatan/proses_audit-5557

    6
    Apakah perbezaan antara audit dalam dan audit luar?

    Audit Dalam

  • Ianya ditubuh berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/1979 dan pelaksanaan Audit Dalam berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Bil. 3/1998 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.
  • Lapor kepada Jawatankuasa Audit (JKA) dari segi fungsi audit.
  • Skop auditan ialah pengurusan, kewangan, prestasi, teknologi maklumat dan audit khas.
  • Memastikan pengurusan yang berkesan dan cekap.
  • Staf Audit Dalam terdiri daripada staf UPM.
  • Auditan berterusan dan tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Sijil Audit.
  • Audit Dalam ditubuhkan dibawah kuasa pentadbiran dan bertanggungjawab kepada Naib Canselor.
  •   Audit Luar
  • Ianya ditubuhkan dibawah Akta Audit 1957.
  • Lapor kepada Parlimen.
  • Skop auditan memberi tumpuan kepada penyata kewangan.
  • Memastikan ketetapan dan kesempurnaan laporan kewangan.
  • Staf Audit Luar terdiri daripada staf Jabatan Audit Negara.
  • Auditan pada hujung tahun dan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Sijil Audit.
  • Audit Luar ditetapkan oleh statut dan bertanggungjawab kepada Parlimen.
  • 7
    Siapakah yang akan menjalankan audit ke atas Bahagian Audit Dalam UPM?

    Unit Audit Dalam menuruti Garis Panduan dan Standard Pengauditan Malaysia. Umumnya Jawatankuasa Audit secara berkala mengadakan semakan dan penilaian kualiti fungsi unit kami dan mereka akan membuat cadangan terus kepada Lembaga Pengarah Universiti tentang prestasi audit dan pematuhan.

    8
    Siapakah yang diaudit?

    Semua Pusat Tanggungjawab di UPM Serdang dan UPM Bintulu.

    9
    Bagaimanakah proses Laporan Audit dikeluarkan?

  • Perbincangan dan semakan pemerhatian Audit diadakan di pelbagai peringkat pegawai bagi memastikan pengauditan dilaksanakan mengikut standard, polisi dan prosedur yang ditetapkan serta mencapai objektif pengauditan;
  • Perbincangan dengan auditi melalui exit conference mengenai penemuan, penilaian, kesimpulan dan syor audit. Maklum balas auditi perlu dikemukakan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh draf Laporan dihantar kepada Auditi.
  • Draf laporan berhubung perkara yang dilaporkan dikemukakan kepada Ketua Bahagian Audit Dalam untuk disemak. Draf Laporan akan dimuktamadkan dengan mengambil kira maklum balas yang diterima.
  • Laporan Akhir akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti(JPU) dan Mesyuarat Jawatankuasa Audit(JKA). Pihak auditi perlu mengambil Tindakan pembetulan ke atas isu yang dibangkitkan oleh Bahagian Audit Dalam menerusi pemantauan Audit susulan/ Audit Dashboard.

  • HUBUNGI KAMI
    10
    Perlukan Bantuan?

    Tuan/Puan boleh menghubungi kami ditalian berikut:   Tel : 03-97691380 Faks : 0389466176 Emel : kb_audit@upm.my

    11
    Apakah Senarai Media Sosial Bahagian Audit Dalam?

    Senarai media sosial Bahagian Audit Dalam adalah seperti berikut :

  • Facebook (Follow) : https://www.facebook.com/Bahagian-Audit-Dalam-UPM-247004509052073/
  • Instagram (Follow) : https://www.instagram.com/auditdalamupm/
  • Youtube (Subscribe) : https://www.youtube.com/channel/UCyQQXrDrQ5O-0nPfnPlvfCw
  • Tik Tok (Follow) : https://www.tiktok.com/@auditdalamupm
  •   Diharap kerjasama semua untuk 'Follow' dan 'Subscribe' media sosial Bahagian Audit Dalam.

    Kemaskini:: 16/08/2022 []

    BAHAGIAN AUDIT DALAM
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    03-9769 1346
    03-9769 6176
    WWDVGAe:06:03