Jenis Pengauditan | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» PERKHIDMATAN » Jenis Pengauditan

Jenis Pengauditan


PENGAUDITAN KEWANGAN

Merangkumi pemeriksaan terhadap struktur, sistem kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan sama ada kawalan pengurusan, bajet, perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan.


PENGAUDITAN PRESTASI

Meliputi penilaian terhadap aktiviti sesebuah organisasi untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan secara ekonomi, cekap dan berkesan. Justifikasi pemilihan tajuk pengauditan prestasi adalah berdasarkan aktiviti yang dikenal pasti yang memerlukan perhatian atau mengikut saranan yang dikemukakan oleh Naib Canselor.


PENGAUDITAN KHAS DAN SUSULAN

Merangkumi skop pengauditan kewangan dan prestasi yang bertujuan untuk memeriksa dan menyelesaikan masalah-masalah khusus di UPM. Ia juga berdasarkan arahan tugas yang diterima daripada Naib Canselor dari semasa ke semasa.

Kemaskini:: 27/04/2017 [faiz_suparman]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdFAr~