Audit Dalam UPM Komited Dalam Pengukuhan Tadbir Urus Di UPM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Audit Dalam UPM Komited Dalam Pengukuhan Tadbir Urus Di UPM

Audit Dalam UPM Komited Dalam Pengukuhan Tadbir Urus Di UPM

Disediakan Oleh : Jawatankuasa Laman Sesawang Audit Dalam

 

SERDANG, 18 Mei 2026 – Bahagian Audit Dalam, Universiti Putra Malaysia telah menghadiri sesi libat urus perbincangan bersama Unit Audit Dalam, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memberi maklum balas berkaitan status penemuan Audit Negara serta tindakan penyelesaian dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh pihak universiti.

 

Sesi perbincangan ini memberi ruang kepada Audit Dalam UPM untuk menjelaskan status semasa tindakan susulan terhadap penemuan audit, termasuk langkah pembetulan, tindakan pencegahan serta inisiatif penambahbaikan governan yang sedang dan telah dilaksanakan di peringkat universiti.

 

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memastikan setiap penemuan audit diberi perhatian sewajarnya melalui tindakan yang terancang, pemantauan yang berterusan dan penyelarasan bersama pusat tanggungjawab berkaitan.

 

Melalui sesi ini, Audit Dalam UPM turut berkongsi pendekatan universiti dalam memperkukuh kawalan dalaman, meningkatkan akauntabiliti serta memastikan tindakan penyelesaian yang diambil dapat memberi impak kepada pemantapan tadbir urus universiti.

 

Penglibatan Audit Dalam UPM dalam sesi bersama Unit Audit Dalam KPT ini mencerminkan komitmen universiti terhadap penambahbaikan berterusan, khususnya dalam memastikan isu yang dibangkitkan melalui penemuan Audit Negara ditangani secara berkesan, telus dan berpaksikan prinsip governan yang baik.

 

Bahagian Audit Dalam UPM akan terus memainkan peranan dalam memantau tindakan susulan audit serta menyokong usaha universiti memperkukuh sistem kawalan dalaman, pengurusan risiko dan tadbir urus institusi.

Tarikh Input: 21/05/2026 | Kemaskini: 22/05/2026 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
W, (11:46:13pm-11:51:13pm, 22 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]