Warga Bahagian Audit Dalam Berganding Bahu Dalam Gotong Royong Perdana | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Warga Bahagian Audit Dalam Berganding Bahu Dalam Gotong Royong Perdana

Warga Bahagian Audit Dalam Berganding Bahu Dalam Gotong Royong Perdana

Berita Disediakan Oleh : Nurul Ezani Abdul Malek, Bahagian Audit Dalam UPM

 


15 Jan 2026 - Serdang, satu program gotong royong telah diadakan di Pejabat Bahagian Audit Dalam. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa EKSA bagi mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan selesa.

 


Program bermula pada 8.30 pagi dengan sesi taklimat ringkas sebelum peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan bilik serbaguna, mengemas pantry, mengemas kawasan laman hijau, mencuci penyaman udara serta mengemaskini tanda nama di ruang kerja.

 


Program ini bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kebersihan kawasan malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta.


Program berakhir pada pukul 1.00 tengahari dan semua peserta berasa gembira serta berpuashati dengan hasil usaha bersama.

Tarikh Input: 23/01/2026 | Kemaskini: 23/01/2026 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
W, (03:57:49pm-04:02:49pm, 25 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]