UPM Perkasa Pembangunan Dashboard Audit YADIM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » UPM Perkasa Pembangunan Dashboard Audit YADIM

UPM Perkasa Pembangunan Dashboard Audit YADIM

Berita Oleh : Jawatankuasa Laman Web Audit Dalam

 

Putrajaya, 19 Ogos – Bahagian Audit Dalam, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan sesi selama dua hari berkaitan pembangunan Sistem Dashboard YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) yang bertujuan untuk membangunkan mekanisme pemantauan isu Audit Dashboard Unit Audit Dalam dan Kualiti YADIM.

 

Sesi penerangan telah disampaikan oleh En. Mohd Faiz Suparman, Ketua Seksyen Audit Kewangan dan Dashboard, Audit Dalam UPM serta En. Mohd Azis Abdullah, Ketua Seksyen Audit Prestasi dan ICT, Audit Dalam UPM. Kedua-duanya berkongsi kepakaran teknikal dan praktikal dalam merangka struktur, fungsi serta keperluan data bagi memastikan sistem yang dibangunkan dapat digunakan secara optimum.

 

Sesi ini juga merupakan kesinambungan daripada bengkel pembangunan yang telah diadakan pada 15 dan 16 Mei 2025 yang lebih komprehensif dari segi perincian keperluan sistem, reka bentuk paparan dan integrasi data. Dengan kesinambungan ini, pembangunan Dashboard YADIM dijangka dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, praktikal dan berfokus kepada keberkesanan pemantauan audit.

 

Bahagian Audit Dalam merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Inisiatif ini diyakini mampu memperkukuh keberkesanan pengurusan isu audit serta menyokong usaha YADIM dalam melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.

Tarikh Input: 25/08/2025 | Kemaskini: 25/08/2025 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
F, (12:50:39pm-12:55:39pm, 02 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]