
SERI KEMBANGAN, 25 Mei – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memberi pendedahan kaedah pertanian penanaman secara “Vertical” kepada komuniti Persatuan Penduduk JMB blok Kemuning/Kempas Pangsapuri PKNS, Seri Kembangan.
Pengarah PPDN, UPM, Prof. Dr. Subapriya a/p Suppiah berkata projek KTGS@PTJ PPDN yang mendapat kerjasama dari Fakulti Pertanian dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) yang telah bermula pada Oktober 2023 bertujuan untuk mengalakkan penduduk setempat memperoleh ilmu pertanian yang boleh dimanfaatkan untuk sara diri.
“Ini secara langsung membolehkan komuniti di sini dapat menjimatkan kos perbelanjaan barangan dapur dengan mengamalkan menanam sendiri sayuran di rumah dan dapat menjana ekonomi isi rumah dengan hasil tanaman sayur,” katanya.
Tambah beliau, meskipun PPDN, UPM bukan di aliran pertanian namun dari aspek kesihatan secara langsung dapat mendidik komuniti dalam ilmu perubatan serta pentingnya amalan pemakanan sihat sayur-sayuran.
“Projek ini juga memberi kami peluang untuk kongsi pengetahuan kepada komuniti untuk lebihkan sayuran dalam pemakanan serta bagaimana penanaman organik memberi manfaat kepada kesihatan,” katanya.
“Kami sangat mengalukan UPM untuk membantu komuniti dan ini juga memberi manfaat kepada penduduk dalam aktiviti yang memanfaatkan dan perancangan akan datang untuk menambah penanaman sayuran dan buah-buhan seperti seperti bendi dan sun melon,” katanya.
Tarikh Input: 31/05/2024 | Kemaskini: 31/05/2024 | muhammad.isam

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.