Serdang, 10 Jun 2025 - Keterjaminan makanan merupakan satu isu utama di Malaysia. Pelbagai dasar kerajaan seperti Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 telah dilancarkan bagi merealisasikan keterjaminan makanan negara.
Salah satu indikator utama bagi menentukan tahap keterjaminan makanan negara ialah ketersediaan bekalan makanan yang dihasilkan dalam negara sendiri. Oleh itu, produktiviti pengeluaran yang lestari dalam pertanian dan hasil makanan perlu ditingkatkan bagi mencapai tahap sara diri.
Susulan daripada itu, satu inisiatif bagi merealisasikan agenda tersebut, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), UPM telah menganjurkan Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2025 (PKMK2025) yang berlangsung pada 10 hingga 11 Jun 2025.

Objektif penganjuran Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2025 adalah seperti berikut:
Sepanjang persidangan yang berlangsung selama 2 hari ini dipenuhi dengan program :-
Pada hari pertama, ucapan alu-aluan disampaikan oleh Ybhg. Dato’ Naib Canselor UPM.

Sumber foto: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Seterusnya ucapan perasmian disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup (Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) dan diikuti dengan majlis pelancaran QarboGrow hasil kerjasama penyelidikan UPM dan Qarbotech Sdn. Bhd.

Sumber foto: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Sumber foto: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Pada hari kedua, ucapan penutup disampaikan oleh YB. Datuk Ts. Mustapha Sakmud (Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi).
Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2025 menyasarkan pengukuhan jaringan kerjasama dalam usaha menjamin keterjaminan makanan negara secara mampan.
Persidangan dwitahunan berimpak tinggi ini dapat menghimpunkan pelbagai pihak termasuk kerajaan, ahli akademik dan pemain industri serta menampilkan 10 pembentangan kertas kerja plenari termasuk daripada Ketua-Ketua Pengarah agensi utama di bawah kementerian.
Selain itu, persidangan ini turut berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan pelajar, penyelidik, penggubal dasar, pemain industri dan agensi kerajaan menerusi pelbagai platform interaktif seperti forum, pameran dan sesi jaringan profesional.
Tarikh Input: 17/06/2025 | Kemaskini: 17/06/2025 | nurmiera

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.