GOTONG ROYONG EKSA | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » GOTONG ROYONG EKSA

GOTONG ROYONG EKSA

Berita Disediakan Oleh : En. Zainal Abidin Ahmad, Bahagian Audit Dalam

 

Serdang 3 Julai 2026 (Jumaat) - Bahagian Audit Dalam telah menjalankan aktiviti gotong royong bagi membersihkan dan mengaturkan semula suasana di Pejabat Bahagian Audit Dalam. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa EKSA Bahagian Audit Dalam. Aktiviti ini telah dirancang dalam jadual perbatuan perancangan aktiviti tahunan EKSA Audit Dalam bagi tahun 2026.

Aktiviti gotong royong telah dimulakan seawal jam 9.00 pagi. Bagi melancarkan aktiviti gotong royong, setiap staf Bahagian Audit Dalam telah dibahagikan kepada beberapa Kumpulan kecil untuk memudahkan pergerakan proses gotong royong. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah menyelenggara dan membersihkan penghawa dingin Pejabat Am, pantri , surau, bilik mesyuarat dan setiap bilik pegawai. Menyusun dan mengemaskini keadaan ruang kerja (kubikel) staf dan juga mengemaskini hiasan dinding di Pejabat am dan juga ruangan lobi dan ruang menunggu Pejabat dengan paparan dan maklumat tyang terkini. Juga pengubahsuaian ruang Lestari hijau dengan lebih terkini dan menarik.

Di samping itu juga mengemaskini dan Menyusun semula kabel-kabel di bilik mesyuarat serta ruangan kubikel Pejabat am agar lebih kemas dan tersusun dan tidak menyemakkan penglihatan serta mengurangkan Risiko bahaya yang mungkin berlaku tanpa disedari.Aktiviti gotong royong berlangsung selama satu hari dan tamat jam 5.00 petang.

Tarikh Input: 29/07/2026 | Kemaskini: 31/07/2026 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
X, (06:39:31pm-06:44:31pm, 31 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]