Tingkatkan Kemahiran Audit Berasaskan Data | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Tingkatkan Kemahiran Audit Berasaskan Data

Tingkatkan Kemahiran Audit Berasaskan Data

Berita Oleh : Nurrul Syakira Bakhtiar | Akauntan , Bahagian Audit Dalam

 

Kuala Terengganu, 15 Julai 2025 – Dua pegawai dari Bahagian Audit Dalam, Universiti Putra Malaysia (UPM), iaitu Encik Mohd Azis Abdullah dan Encik Mohd Faiz Suparman, telah dijemput sebagai fasilitator dalam Bengkel Penggunaan Audit Command Language (ACL) anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang berlangsung pada 15 Julai 2025.

 

Bengkel sehari ini bertujuan memperkukuh keupayaan audit dalaman UMT menerusi penggunaan teknologi secara analisis data menggunakan perisian ACL. Inisiatif ini memberi peluang kepada Juruaudit UMT untuk memahami serta menguasai penggunaan ACL sebagai teknologi dalam pelaksanaan audit yang lebih cekap, telus dan berpaksikan data.

 

Sepanjang bengkel, fasilitator dari UPM telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan penggunaan ACL yang merangkumi pelbagai aspek daripada asas sehingga ke fungsi lanjutan. Antara kandungan yang diketengahkan termasuk kaedah memuat naik data, teknik penapisan dan pencarian maklumat audit, serta penghasilan output dan laporan audit secara sistematik. Latihan secara praktikal (hands-on) menggunakan data simulasi turut dijalankan bagi meningkatkan kefahaman para peserta secara menyeluruh.

 

UPM amat menghargai jemputan daripada pihak UMT dan menyambut baik kerjasama ini sebagai salah satu usaha memperkukuh jaringan profesional dalam bidang audit dalaman antara institusi pengajian tinggi awam. UPM komited untuk terus menyumbang kepakaran dan pengalaman dalam memacu kecemerlangan tadbir urus serta amalan audit berasaskan teknologi dan data.

 

Diharapkan penganjuran bengkel ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif latihan antara universiti sejajar dengan usaha berterusan mempertingkatkan kecekapan, integriti dan keberkesanan sistem pengurusan serta pemantauan audit di institusi pengajian tinggi.

Tarikh Input: 21/07/2025 | Kemaskini: 21/07/2025 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
S, (12:50:40pm-12:55:40pm, 02 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]