Berita Disediakan Oleh : Pn. Nor Anidah Rosli, Bahagian Audit Dalam UPM
Serdang, 23 Januari 2026 – Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membentangkan pemakaian Garis Panduan Dana Bukan Kerajaan pada jam 09.00 pagi bertempat di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, UPM. Taklimat ini telah dihadiri semua staf UPM secara bersemuka dan atas talian. Tujuan utama Adalah memperkukuh kefahaman, meningkatkan pematuhan serta menyeragamkan pelaksanaan Garis Panduan Dana Bukan Kerajaan selaras dengan keperluan tadbir urus kewangan universiti yang menekankan prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti.
Sesi bermula dengan ucapan alu-aluan dan ucapan tahun baharu yang disampaikan oleh Puan Siti Amira Shukor, selaku Bursar. Selepas itu, Pn. Mazitah Ahmad, Timbalan Bendahari, telah memberi penerangan tentang garis panduan yang baharu untuk pemahaman semua staf yang merangkumi penjelasan berkaitan skop, tatacara dan keperluan pemakaian garis panduan berkenaan.
Sesi taklimat tersebut telah selesai dilaksanakan pada pukul 11:30 pagi dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua yang hadir.
Tarikh Input: 29/01/2026 | Kemaskini: 29/01/2026 | muhammad.isam

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.