Serdang, 28 Oktober 2016. UPM telah melaksanakan Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Peringkat UPM pada 28 Oktober 2016 bagi menyokong agenda transformasi Negara dalam merealisasikan inovasi dan kreativiti dalam penyampaian perkhidmatan. Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi UPM bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga UPM terhadap kepentingan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kerja, memupuk dan memperkukuh nilai-nilai budaya inovasi dan kreativiti di UPM, merealisasikan pengamalan proses, pendekatan dan budaya berteraskan ciri-ciri inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan, dan menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Bahagian Audit Dalam telah memenangi tempat ke-3 dalam Anugerah Amalan 5s. Semoga dengan pencapaian ini akan mempertingkatkan lagi usaha ke tempat pertama pada tahun hadapan.
Tarikh Input: | Kemaskini: 22/01/2019 | faiz_suparman
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.