SYABAS DAN TAHNIAH, BAHAGIAN AUDIT DALAM! | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » SYABAS DAN TAHNIAH, BAHAGIAN AUDIT DALAM!

SYABAS DAN TAHNIAH, BAHAGIAN AUDIT DALAM!

Berita disediakan oleh: Pn. Balqis Md Ruslan

 

 

UPM Serdang, 27 Ogos 2024 – Pada 22 Ogos 2024 yang lalu, Majlis Penyampian Hadiah dan Anugerah Pertandingan sempena Program Semarak Merdeka UPM 2024 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM dan YBrs. Encik Mahbob Yusof, Ketua Pustakawan UPM bertempat di Panggung Percubaan, PKKSSAAS UPM.

Terdapat tiga (3) acara yang telah dipertandingkan iaitu Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ, Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Inter-PTJ dan Pertandingan Koir Merdeka Inter-PTJ bermula 13 Ogos hingga 21 Ogos 2024.

Bahagian Audit Dalam juga tidak ketinggalan dan telah menyertai Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ. Sebanyak 38 buah PTJ telah pun mengambil bahagian dan empat (4) sesi penilaian Pertandingan Kibar Jalur Gemilang telah dilaksanakan bermula dari 13 sehingga 16 Ogos 2024. Sesi penilaian Bahagian Audit Dalam telah dilaksanakan pada 14 Ogos yang lalu.

 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Bahagian Audit Dalam kerana telah disenarai pendek sebagai Top-20 PTJ dan telah memenangi Anugerah Khas Juri bagi kategori Kreativiti Elemen Kitar Semula Terbaik Pertandingan Kibar Jalur Gemilang sempena Program Semarak Merdeka 2024

Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada Bahagian Audit Dalam!

 

Tarikh Input: 26/08/2024 | Kemaskini: 27/08/2024 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
S, (03:01:13pm-03:06:13pm, 02 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]