Sesi Perbincangan Putra Finance: Fokus Pada Modul Account Payable Dan Purchasing | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Sesi Perbincangan Putra Finance: Fokus pada Modul Account Payable dan Purchasing

Sesi Perbincangan Putra Finance: Fokus pada Modul Account Payable dan Purchasing

Berita Oleh : Jawatankuasa Laman Web Audit Dalam

Serdang, 6 Ogos – Bahagian Audit Dalam, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan satu sesi perbincangan khusus berkaitan Modul Account Payable dan Purchasing dalam Sistem Putra Finance bertempat di Blok F, Bahagian Audit Dalam, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi.

Tujuan utama sesi ini adalah untuk mengenalpasti dan memahami dengan lebih mendalam kerangka kerja serta struktur data bagi modul berkenaan, sekali gus memberi nilai tambah dalam aspek pelaksanaan pengauditan. Pengetahuan ini amat penting bagi memastikan proses audit kewangan dapat dijalankan secara menyeluruh, sistematik dan selaras dengan piawaian pengauditan dalaman universiti.

Sesi penerangan telah disampaikan oleh Puan Junaida Adan, Ketua Bahagian Kewangan Pembangunan, Pejabat Bursar, yang berkongsi pandangan dan kepakaran mengenai aliran kerja, fungsi serta pengurusan data dalam sistem. Sesi ini turut mendapat bantuan daripada Puan Noraini binti Abdullah, Ketua Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan, Pejabat Bursar yang memberi sokongan dalam menjelaskan aspek berkaitan proses perolehan.

Perbincangan ini turut memberi peluang kepada Juruaudit untuk mengemukakan soalan serta mendapatkan penjelasan secara langsung, di samping memperkukuh pemahaman mengenai proses perakaunan yang berlaku di peringkat operasi. Maklumat yang diperoleh diharap dapat meningkatkan keberkesanan audit selain menyumbang kepada ketelusan dan integriti pengurusan kewangan universiti.

Sesi perbincangan berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Bahagian Audit Dalam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Junaida Adan serta Puan Noraini binti Abdullah atas kesudian berkongsi ilmu dan kepakaran. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuh keupayaan audit serta menyokong tadbir urus kewangan yang berkesan di peringkat universiti.

Tarikh Input: 25/08/2025 | Kemaskini: 25/08/2025 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
F, (10:10:52pm-10:15:52pm, 02 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]