Berita Disediakan Oleh : Pn. Nurfarah Hanani Abdul Hamed (Pegawai Kewangan)

SERDANG 09 OKTOBER 2024 – Pejabat Pendaftar telah mengajurkan sesi libat urus 1.0 bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi pegawai lantikan tetap yang akan berkuat kuasa pada 1 DIsember 2024.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 merupakan punca kuasa bagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif bagi sistem saraan baharu dalam perkhidmatan awam yang merangkumi aspek skim perkhidmatan, urusan perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, persaraan dan faedah persaraan. Menerusi pekeliling ini juga, opsyen SSPA akan turut ditawarkan kepada penjawat awam bermula dari 21 Oktober hingga 30 November 2024.
Warga Audit Dalam turut sama menghadiri SLU secara fizikal yang diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM dan juga atas talian menerusi Live Facebook Pejabat Pendaftar. Skim perkhidmatan Pegawai Kewangan (Gred Jawatan SSM: W41, W44, W52, W54) di Bahagian Audit Dalam telah terlibat dengan skim perkhidmatan dijumudkan dan akan ditawarkan opsyen pertukaran pelantikan ke skim perkhidmatan di bawah SSPA iaitu Akauntan: Gred WA bagi yang memiliki kelayakan perakaunan dan Pegawai Tadbir: Gred N bagi yang memiliki kelayakan selain perakaunan.
Tarikh Input: 22/10/2024 | Kemaskini: 22/10/2024 | muhammad.isam

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.