Berita disediakan oleh : En. Mohd Syairol Azwan bin Shabudin (Pegawai Kewangan, Bahagian Audit Dalam)
UPM SERDANG, 17 April 2023 – Sesi bergambar bersama Naib Canselor UPM, YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman telah diadakan bertempat di Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) UPM. Sesi bergambar tersebut adalah sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Sesi tersebut telah dihadiri oleh semua warga Akademi Sukan, Bahagian Audit Dalam, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan juga Pusat Jaminan Kualiti. Sesi bergambar dimulakan dengan sesi penggambaran pegawai dan kakitangan mengikut bahagian masing-masing dan kemudiannya disusuli dengan sesi utama iaitu sesi bergambar di antara YBhg. Dato' Naib Canselor bersama kesemua warga bahagian-bahagian terlibat.
Selain, itu YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman juga turut meluangkan masa bergambar dengan ketua-ketua PTJ dan juga bersama warga Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen serta warga Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat.
Sepanjang sesi bergambar tersebut diadakan, kesemua pegawai dan kakitangan bahagian dapat menjalinkan kerjasama yang erat dan juga mengeratkan silaturahim sesama warga bahagian. Selain itu, kesemua warga bahagian dapat berjumpa dan bersuai kenal dengan YBhg Dato’ Naib Canselor UPM.
Tarikh Input: 18/04/2023 | Kemaskini: 19/04/2023 | faiz_suparman
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.