SEMINAR UNFOLDING 2024 GLOBAL INTERNAL AUDIT STANDARDS | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » SEMINAR UNFOLDING 2024 GLOBAL INTERNAL AUDIT STANDARDS

SEMINAR UNFOLDING 2024 GLOBAL INTERNAL AUDIT STANDARDS

Oleh: En. Sharul Azman Ramli (Pegawai Kewangan)

 

SERDANG 29 Februari 2024 - The Institute of Internal Auditors (IIA)  telah melancarkan Global Internal Audit Standards (Stantards) yang akan berkuatkuasa penggunaannya pada 9 Januari 2025. Standards baharu ini akan menggantikan International Profesional Practice Framework (IPPF) yang dikeluarkan pada tahun 2017.

Sehubungan dengan pelancaran standards baharu,  Bahagian Audit Dalam UPM telah mengadakan seminar Unfolding 2024 Global Internal Audt Standards pada 29 Februari 2024 di Bilik Seminar Putra Smart Classroom Fakulti Pengajian Pendidikan.

Seminar ini telah dilaksanakan secara hybrid dan dan dihadiri oleh peserta dari 24 agensi terdiri daripada Universiti Awam, Universiti Swasta dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Seminar ini telah disampaikan oleh Puan Nur Hayati Baharuddin, Perunding Jaminan Kualiti. Pn. Nurhayati berkelulusan MBA dari USA, merupakan Certified Internal Auditors dan mempunyai pelbagai kelayakan profesional. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pelaksanaan penilaian luar melibatkan pelbagai industri dan  mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam pengurusan risiko dan  audit.

Selain daripada itu, Pn. Zainora Abdul Talib, Ketua Audit Dalam UPM dan En. Mohd Azis Abdullah, Ketua Seksyen Audit ICT dan Penjanaan juga berkongsi pengalaman pelaksanaan program Self Asessment with Independent Validation (SAIV) dan penggunaan e-SAIV di UPM.

 

Tarikh Input: 26/03/2024 | Kemaskini: 26/03/2024 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEbQAz~