Seminar Pengurusan Perolehan 2020 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Seminar Pengurusan Perolehan 2020

Seminar Pengurusan Perolehan 2020

Oleh : Nurrul Syakira Bakhtiar

Serdang, 28 Januari 2020 – Satu Seminar Pengurusan Perolehan 2020 telah diadakan pada 28 Januari 2020 bertempat di Auditorium Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM). Seminar yang merupakan anjuran Pejabat Bursar UPM ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan pengurusan perolehan mengikut peraturan yang berkuatkuasa. Pengisian seminar ini telah dirangka secara menyeluruh untuk mencakupi isu – isu berkaitan tadbir urus pengurusan perolehan dan dianjurkan khusus untuk Pegawai Pengurusan dan Professional serta Pegawai Akademik UPM.

Seminar yang berlangsung pada hari Selasa ini dimulakan dengan pendaftaran para peserta yang terdiri daripada wakil dari semua Pusat Tanggungjawab dan diteruskan dengan ucapan aluan daripada Y.Bhg. Dato’ Zulkiflee Bin Othman selaku Bursar di pejabat Bursar. Seterusnya program diteruskan dengan penyampaian oleh wakil dari Kementerian Kewangan Malaysia iaitu Encik Taufik Mohamed Mustafa dan Cik Fara Binti Anwary yang memberi pendedahan ke atas prinsip, dasar dan kaedah perolehan serta perolehan bagi badan berkanun. Program diteruskan pada sesi petang oleh Ketua Bahagian Audit Dalam yang telah berkongsi mengenai hasil penemuan audit perolehan yang telah dilaksanakan di beberapa PTJ. Sebelum program berakhir, Ketua Bahagian Kewangan Perolehan, Puan Norlian Ismail dari pejabat Bursar turut mengambil peluang untuk membentangkan berkenaan pengurusan pentadbiran kontrak perolehan.

Seminar Perolehan telah berjaya memberikan informasi lebih jelas mengenai prinsip, dasar dan kaedah perolehan serta pengurusan pentadbiran kontrak perolehan oleh Pusat Tanggungjawab di UPM. Peserta seminar juga diberi pendedahan mengenai penemuan ketidak akuran oleh audit dalaman universiti dan bagi mengelakkan ketidak akuran yang sama berulang semula. Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat memberikan latihan yang berterusan kepada semua pegawai dan staf universiti berkenaan urusan perolehan di peringkat PTJ.

Tarikh Input: 19/02/2020 | Kemaskini: 19/02/2020 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXETNAK~