Seminar Kebangsaan Audit Dalam 2024 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Seminar Kebangsaan Audit Dalam 2024

Seminar Kebangsaan Audit Dalam 2024

Berita disediakan oleh: En. Sharul Azman Ramli

 

BANGI 28 Ogos 2024 - Jawatankuasa Ketua-ketua Audit Dalam (JKAD) Universiti Awam Malaysia telah menganjurkan Seminar Audit Dalam Kebangsaan pada 26 dan 27 Ogos 2024 bertempat di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi. Seminar ini telah dirasmikan oleh Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Dengan tema Memantapkan Prestasi dan Keberkesanan Audit Dalam Melalui Pendigitilan Audit, seminar ini telah disertai seramai 240 orang peserta yang terdiri daripada 103 Agensi Kerajaan dan Swasta, Universiti Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta.

Pengisian seminar ini berbentuk forum dan syarahan oleh ahli panel jemputan daripada pelbagai agensi yang yang berkongsi kepakaaran dan pengetahuan khususnya dalam bidang pendigitilan audit. 

Tarikh Input: 28/08/2024 | Kemaskini: 28/08/2024 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
F, (05:56:23pm-06:01:23pm, 10 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]