SEMAKAN KENDIRI 5S | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » SEMAKAN KENDIRI 5S

SEMAKAN KENDIRI 5S

SEMAKAN KENDIRI 5S

Serdang, 16 Ogos 2019 – Sempena penganjuran aktiviti 5S, semakan kendiri 5S telah dijalankan di Bahagian Audit Dalam di mana pejabat Bahagian Audit Dalam telah dibahagikan kepada 4 zon. Zon A terdiri daripada Bilik Pegawai dan Bilik Mesyuarat. Zon B terdiri daripada Bilik Fail, Bilik Kerja dan Surau. Zon C terdiri daripada Ruang Menunggu, Sudut 5S dan Tangga Kecemasan. Manakala Zon D terdiri daripada Pantri dan Tandas.

Aktiviti semakan kendiri 5S yang dilaksanakan adalah melibatkan semakan silang antara zon untuk menilai kriteria pematuhan amalan 5S di setiap zon dan pemeriksaan ruang kerja pegawai. Pemenang bagi kategeri zon adalah Zon D dan pemenang bagi kategori pemeriksaan ruang kerja pegawai adalah ruang kerja Encik Mohd Faiz Suparman.

Diharapkan dengan penganjuran aktiviti seperti ini dapat memberi galakan dan motivasi kepada para pekerja untuk menjaga dan memastikan persekitaran kerja berada dalam keadaan bersih dan teratur sekaligus dapat mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif serta produktif. Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang.

Tarikh Input: 27/09/2019 | Kemaskini: 27/09/2019 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEaFA3~