SELF ASSESSMENT INDEPENDENT VALUATION | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » SELF ASSESSMENT INDEPENDENT VALUATION

SELF ASSESSMENT INDEPENDENT VALUATION

Serdang, 18 Jun 2019 (Selasa) – Quality Assurance Review merupakan keperluan Standards for Professional Practice of Internal Auditing (Standards) yang dikeluarkan oleh Institute of Internal Auditor Malaysia (IIA) yang berkaitan amalan pengurusan audit dalam.

Bahagian Audit Dalam UPM telah selesai menjalani penilaian yang dibuat oleh pihak Institute of Internal Auditors  Malaysia (IIAM) pada bulan Jun 2017 dan pihak IIAM telah mengesahkan Bahagian Audit Dalam UPM mematuhi standards yang ditetapkan.

Seramai 3 orang pekerja Bahagian Audit Dalam Universiti Teknologi Mara  telah mengadakan lawatan Bahagian Audit Dalam UPM yang diketuai oleh Ketua Bahagian Audit Dalam UiTM, Faizal Yeop Mohd Rose.

Deligasi yang hadir adalah bagi mempelajari dan berkongsi pengalaman pihak Bahagian Audit Dalam UPM mengenai Self Assessment Independent Valuation (Quality Asurance Review) yang telah dijalankan oleh Institute of Internal Auditor Malaysia (IIAM) . Lawatan ini disambut oleh Ketua Bahagian Audit Dalam UPM, Puan Zainora Abdul Talib.

Kemudian penerangan berkaitan Self Assessment Independent Valuation disampaikan oleh Ketua Bahagian Audit Dalam UPM, Zainora Abdul Talib dan dibantu oleh Sharul Azman Ramli.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan kepada peserta lawatan.

Tarikh Input: 24/06/2019 | Kemaskini: 28/06/2019 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDcTAf~