SELAMAT HARI BOMBA SEDUNIA | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » SELAMAT HARI BOMBA SEDUNIA

SELAMAT HARI BOMBA SEDUNIA

Berita Oleh : Mohd Faiz Suparman | Bahagian Audit Dalam UPM

 

Seri Kembangan, 4 Mei 2025Selamat menyambut Hari Bomba Sedunia! Sempena sambutan ini, Bahagian Audit Dalam UPM telah mengadakan satu lawatan strategik ke Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (Seri Kembangan) pada 30 April 2025 yang lalu.

Delegasi seramai 10 orang ini diketuai oleh En. Mohd Faiz Suparman yang mewakili Ketua Audit Dalam UPM, dan turut disertai oleh Penyelaras JKKP Bahagian Audit Dalam UPM, En. Mohd Syairol Azwan Shabudin.

Sepanjang lawatan tersebut, para peserta telah diberi taklimat menyeluruh berkaitan fungsi dan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, termasuk insiden-insiden kemalangan yang melibatkan kebakaran serta prosedur pengungsian bangunan ketika kecemasan.

Satu demonstrasi memadam kebakaran turut dijalankan, yang memberi peluang kepada peserta untuk merasai sendiri pengalaman praktikal dalam mengendalikan situasi kecemasan.

Bahagian Audit Dalam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Balai Bomba Seri Kembangan atas layanan mesra, kerjasama dan perkongsian ilmu sepanjang sesi lawatan ini berlangsung.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan dan berakhir sekitar jam 1.00 tengah hari.

 

Tarikh Input: 22/05/2025 | Kemaskini: 25/05/2025 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
F, (11:16:37am-11:21:37am, 02 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]