Sebudi 3.0 Memupuk Penghayatan Sejarah Dikalangan Warga UPM | BAHAGIAN AUDIT DALAM audit
» BERITA » Sebudi 3.0 Memupuk Penghayatan Sejarah dikalangan Warga UPM

Sebudi 3.0 Memupuk Penghayatan Sejarah dikalangan Warga UPM

SERDANG, 19 Februari 2025 - Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM telah menganjurkan Pertandingan Kuiz Seni Budaya dan Warisan Inter-PTJ (SEBUDI 3.0) yang disertai seramai 120 orang staf dari 40 Pusat Tanggungjawab(PTJ).

SEBUDI 3.0 berlangsung selama 2 hari bermula pada peringkat awal, suku akhir, separuh akhir dan seterusnya peringkat akhir. Para peserta perlu melalui pelbagai segmen penilaian antaranya kuiz Interaktif Kahoot, ujian soalan objektif, bertulis dan soalan pandangan yang diberikan para juri. Antara bentuk soalan yang diberikan adalah seperti selera warisan, seni persembahan, adat dan budaya, jejak warisan dan jalinan seni.

 

 

Bahagian Audit Dalam tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama turut serta menyertai Pertandingan Kuiz Seni Budaya dan Warisan (SEBUDI 3.0) ini diwakili oleh En.Mohd Syairol Azwan Shabudin, Pn. Balqis Md Ruslan dan Pn. Siti Noratyirah Kamit.

 

 

Tahniah kepada wakil Bahagian Audit Dalam kerana berjaya melepasi saringan pertama, suku akhir dan seterusnya ke pusingan separuh akhir.

 

 

 

Walaupun tidak berjaya ke peringkat akhir, penyertaan dalam SEBUDI 3.0 mencerminkan semangat perjuangan dan dedikasi ke arah penghayatan seni budaya dan warisan Malaysia. Penghayatan sejarah adalah penting untuk membangkitkan kesedaran dan kecintaan kepada negara serta menghargai nikmat kemakmuran yang dikecapi sekarang.

Semoga usaha murni pihak penganjur ini dapat diteruskan bagi memastikan ilmu dan warisan seni budaya Malaysia terus hidup dan dihargai.

Tarikh Input: 27/03/2025 | Kemaskini: 27/03/2025 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
X, (01:12:18pm-01:17:18pm, 10 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]