Berita Disediakan Oleh : En. Mohd Azis Abdullah, Bahagian Audit Dalam UPM

Kuala Lumpur, 13 April 2026 – Bahagian Audit Dalam, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengambil langkah proaktif dengan menyertai SALIHIN Digital Forum 2026 yang berlangsung di KLGCC Convention Centre. Forum yang bertemakan “Bridging Ideas, Building Future” ini menjadi platform strategik bagi membincangkan peranan kritikal tadbir urus, keselamatan siber dan transformasi digital dalam membentuk landskap perniagaan masa kini.
Transformasi Tadbir Urus dalam Era Digital - Dalam persekitaran perniagaan yang dinamik, organisasi masa kini berhadapan dengan tuntutan yang semakin meningkat untuk memperkukuh tadbir urus, meningkatkan pelaporan ESG (Persekitaran, Sosial, dan Tadbir Urus), serta memastikan daya tahan keselamatan siber. Forum ini mengetengahkan bagaimana teknologi, khususnya Kepintaran Buatan (AI), boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan pengawasan risiko dan kecekapan operasi secara holistik.
Agenda Strategik bagi Fungsi Audit - Penyertaan ini memberikan ruang kepada Bahagian Audit Dalam untuk memperoleh pendedahan praktikal daripada para pakar industri mengenai hala tuju tadbir urus dan pematuhan kawal selia. Antara fokus utama yang dibincangkan termasuk:
Program ini merupakan langkah penting dalam usaha Bahagian Audit Dalam untuk merapatkan jurang antara strategi, keperluan pematuhan dan keupayaan teknologi bagi memperkasa kawalan tadbir urus, keselamatan siber dan transformasi digital Universiti.
Tarikh Input: 27/04/2026 | Kemaskini: 27/04/2026 | muhammad.isam

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.