Berita disediakan oleh: Pn. Mohd Azis Abdullah (Pegawai Kewangan)
SERDANG, 2 November 2023 (Khamis) – Bahagian Audit Dalam, Perbadanan Putrajaya yang diketuai oleh En. Jaffri Bin Derani (Pengarah Audit Dalam) bersama delegasi telah hadir ke UPM bagi sesi perkongsian pelaksanaan Risk Based Internal Audit (RBIA) dan pengauditan berasaskan International Professional Practice Framework (IPPF) yang dilaksanakan oleh Bahagian Audit Dalam UPM.
Pada sesi tersebut, Bahagian Audit Dalam UPM berkongsi kaedah dan amalan baik proses kerja pengauditan berasaskan risiko (RBIA) mengikut keperluan pematuhan IPPF yang dilaksanakan di Bahagian Audit Dalam UPM bermula dari proses penyediaan rancangan audit tahunan, pengurusan projek audit, penyediaan kertas kerja, penyediaan laporan dan pemantauan berterusan isu audit melalui Audit Dashboard.
Sesi perkongsian pelaksanaan Risk Based Internal Audit (RBIA) dan pengauditan berasaskan International Professional Practice Framework (IPPF) di Bahagian Audit Dalam UPM bersama Bahagian Audit Dalam Perbadanan Putrajaya yang bermula jam 9.30 pagi berakhir jam 12.30 tengah hari.
Tarikh Input: 29/11/2023 | Kemaskini: 30/11/2023 | muhammad.isam
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.