GOTONG-ROYONG SAMBUTAN AIDILFITRI | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » GOTONG-ROYONG SAMBUTAN AIDILFITRI

GOTONG-ROYONG SAMBUTAN AIDILFITRI

Oleh: Pn. Marziati Md Din (Pegawai Kewangan)

 

UPM SERDANG 29 Mac 2024 – Bahagian Audit Dalam telah mengadakan aktiviti gotong royong khas untuk dekorasi sudut sempena sambutan aidilfitri yang bakal disambut oleh semua umat Islam pada 10 April 2024.   

Pembahagian tugas adalah di bahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Kumpulan A bertanggungjawab untuk memasang kain latar belakang sudut dan susunan perabot, Kumpulan B ditugaskan untuk memasang lampu kelip-kelip dan hiasan lain manakala Kumpulan C pula perlu membuat model bulan sabit daripada bahan terbuang iaitu kotak.

Matlamat gotong-royong adalah untuk memupuk semangat kerja berpasukan dan mengeratkan silaturrahim sesama pekerja.

Aktiviti gotong royong berakhir pada jam 4.30 petang.

 

 

 

Tarikh Input: 18/04/2024 | Kemaskini: 18/04/2024 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXFBKA7~