Program PUTRASihat 10,000 Langkah UPM Siri 1/2026 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Program PUTRASihat 10,000 Langkah UPM Siri 1/2026

Program PUTRASihat 10,000 Langkah UPM Siri 1/2026

Oleh : En. Zainal Abidin Ahmad (Bahagian Audit Dalam)

 

 

Serdang, 10 Februari 2026 – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program PUTRA Sihat 10,000 Langkah 1.0 UPM pada 10 Februari 2026 sebagai inisiatif memupuk amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesejahteraan holistik dalam kalangan warga universiti. Program ini telah mendapat penyertaan staf daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) sebagai tanda sokongan terhadap usaha universiti dalam menggalakkan aktiviti fizikal dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.

Bahagian Audit Dalam turut mengambil bahagian dalam program ini yang diwakili oleh Siti Noratyirah Kamit. Penyertaan ini mencerminkan komitmen Audit Dalam dalam menyokong inisiatif universiti ke arah pembudayaan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan staf.

Program bermula pada jam 2.30 petang di Padang Kawad UPM dengan kerjasama strategik beberapa entiti universiti iaitu Akademi Sukan, Pusat Kesihatan Universiti, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat serta Pusat Wakaf, Zakat dan Infak. Penganjuran program ini bertujuan menekankan kepentingan pencegahan obesiti serta meningkatkan kesedaran terhadap kos rawatan kesihatan yang semakin meningkat.

Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang melakukan aktiviti berjalan kaki sejauh 10,000 langkah sambil menikmati suasana persekitaran kampus yang kondusif. Aktiviti ini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan mental serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga universiti.

Program ini berakhir pada jam 5.00 petang dengan penyertaan yang memberangsangkan serta memberi impak positif kepada para peserta dalam usaha membudayakan amalan hidup sihat secara berterusan.

 

 

Tarikh Input: 16/02/2026 | Kemaskini: 04/03/2026 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
X, (01:57:39pm-02:02:39pm, 31 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]