PROGRAM KAYUHAN MERDEKA | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PROGRAM KAYUHAN MERDEKA

PROGRAM KAYUHAN MERDEKA

SERDANG. Isnin, 27 Ogos 2018. Bahagian Audit Dalam UPM dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Inovasi UPM telah menganjurkan sebuah program riadah berbasikal bagi menyemarakkan sambutan Kemerdekaan Negara yang ke 61.

Aktiviti kayuhan tersebut telah disertai kira-kira seramai 40 warga staf yang berkerja di dalam Bangunan TNCPI. Antara individu-individu utama yang turut serta adalah Ketua Pentadbiran TNCPI, Encik Shariman serta Ketua Audit Dalam, Puan Zainora. Turut menyertai kayuhan tersebut adalah staf daripada Bahagian Keselamatan UPM.

 

 

  

Program ini juga sedikit sebanyak dijangkakan dapat menerapkan budaya sihat dan cergas dikalangan peserta disamping mengeratkan hubungan komunikasi yang telah lama terjalin selama ini.

Kayuhan telah dimulakan pada jam 3.30 petang, bermula di Pejabat Putra Science Park-MTDC menuju ke Bukit Expo Taman Pertanian Universiti yang meliputi jarak kayuhan sejauh kira-kira 5km. Para peserta diuji melalui jalan berturap yang agak berbukit serta terik matahari yang menjangkau suhu antara 37-39 darjah Celsius.

 

 

 Meski pun demikian, kesemua peserta telah berjaya tiba di lokasi dengan selamat dan dalam jangkamasa yang dijadualkan. Tidak hanya dengan berbasikal, peserta juga melaksanakan aktiviti gotong-royong beramai-ramai membersihkan persekitaran Bukit Expo disamping menikmati kudapan yang disediakan penganjur. Pihak Taman Pertanian, yang diwakili Tuan Haji Ghani juga dengan berbesar hati telah membantu meyelaras aktiviti tersebut serta berkongsi pelbagai ilmu dan maklumat berkenaan tanaman hijau kepada peserta.

 

 

 

 

Jam 4.40 petang para peserta memulakan kayuhan pulang dari Bukit Expo menuju Pejabat Putra Science Park-MTDC yang meliputi jarak antara 2 hingga 3 kilometer. Menjelang jam 5 petang, kesemua peserta telah selamat tiba dilokasi penamat dan bersurai setelah segala urusan semakan keselamatan dan taklimat penutup selesai.

  

Berita disediakan oleh : En. Mohd Nasarudin Ismail (PT kewangan)

Tarikh Input: 30/08/2018 | Kemaskini: 28/09/2018 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdOAW~