Program Kayuhan Golden Fit Bahagian Audit Dalam | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Program Kayuhan Golden Fit Bahagian Audit Dalam

Program Kayuhan Golden Fit Bahagian Audit Dalam

SERDANG 8 April 2021, UPM - Warga Bahagian Audit Dalam dengan inisiatif Kelab Kebajikan & Sosial Bahagian Audit Dalam telah menyertai aktiviti Program Kayuhan Golden Fit anjuran UPM Alumni Golden Fit Tahun 2021. 

UPM Alumni Golden Fit merupakan aktiviti fitness secara atas talian sempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 tahun penubuhan Universiti Putra Malaysia.

Peserta boleh memilih jenis senaman atau aktiviti yang ingin dilakukan sebagai bukti aktiviti. Kemudian, peserta perlu merakam aktiviti dan hantar kepada pihak urusetia.

Aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti berjalan kaki, berbasikal, berlari atau menggunakan peralatan treadmill mengikut jarak yang telah dipilih semasa pendaftaran.

 

 

Aktiviti kayuhan bermula pada jam 9.00 pagi. Antara laluan yang digunakan adalah bermula dari foyer Putra Sains Park - Kolej 13 - Padang kawad - Canselori Putra - FACE - ITH - INTROP - KEPERTAMA.

Kemudian berpatah balik ke Canselori Putra - Padang kawad - Pusat Kesihatan Universiti - Bukit Ekspo dan kembali ke foyer Putra Sains Park.

May be an image of standing, bicycle, motorcycle, outdoors and tree

Para peserta adalah digalakkan berhenti di 4 check point yang ditetapkan untuk berehat sebentar.

 

Peserta juga berhenti untuk minum pagi sambil menikmati pemandangan indah dengan pohon hijau di kawasan Bukit Ekspo sebelum meneruskan kayuhan.

May be an image of one or more people, people standing, bicycle, tree and outdoors

May be an image of one or more people, people standing, outdoors and tree

 

Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 18 orang diiringi oleh 4 orang Marshall dari kalangan warga Bahagian Audit Dalam bagi memastikan keselamatan peserta.

Pada jam 11.30 pagi, semua peserta telah selesai kayuhan dan tiba di foyer Putra Sains Park bagi pemulangan basikal.

Semua peserta telah berjaya membuat kayuhan sejauh 13km. Dalam keadaan norma baharu program masih dapat dijalankan dengan dengan jayanya serta mematuhi semua SOP yang teah ditetapkan. Tahniah diucapkan. 

Semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan setiap tahun bagi meningkatkan kesihatan dan stamina di kalangan warga Bahagian Audit Dalam.

Berita disediakan oleh : Jawatankuasa kecil Laman Web Bahagian Audit Dalam, UPM.

 

 

Tarikh Input: 22/04/2021 | Kemaskini: 23/04/2021 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXETJAO~