Berita Disediakan Oleh : Jawatankuasa Laman Web, Bahagian Audit Dalam

SERDANG, 13 Julai 2026 – Dalam usaha memperkasa pengetahuan dan kecekapan warga kerja, Bahagian Audit Dalam telah berjaya menganjurkan 'Program Deep Dive Session Bersama Pakar Siri 3: Sistem Kewangan FASH' pada 13 Julai 2026 yang lalu. Program yang berimpak tinggi ini telah diadakan dengan kerjasama strategik daripada Jabatan Kewangan, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS).
Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan secara komprehensif oleh wakil pembekal Sistem Kewangan FASH bersama-sama dengan Ketua Jabatan Kewangan HSAAS, Puan Yusnawati binti Mat Isa.

Fokus utama sesi deep dive pada kali ini adalah untuk memberi pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam kepada para peserta mengenai fungsi dan modul-modul yang terdapat di dalam Sistem FASH. Selain itu, penceramah turut berkongsi secara terperinci mengenai tatacara dan kaedah yang tepat untuk mengeluarkan laporan kewangan menggunakan sistem tersebut.
Penganjuran program ini membuktikan komitmen berterusan Bahagian Audit Dalam untuk sentiasa memastikan para staf dilengkapi dengan pengetahuan teknikal yang terkini, sekaligus melancarkan proses pengauditan dan pengurusan kewangan yang lebih cekap dan telus pada masa hadapan.
Tarikh Input: 29/07/2026 | Kemaskini: 31/07/2026 | muhammad.isam

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.