PERTANDINGAN SUDUT BACAAN | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PERTANDINGAN SUDUT BACAAN

PERTANDINGAN SUDUT BACAAN

Penulis : Cik Nurul Syakira Bakhtiar

 

Serdang, 1 Oktober 2019 – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengambil langkah untuk melaksanakan kempen galakan membaca di peringkat universiti bagi menyokong inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menghidupkan kembali Kempen Membaca Kebangsaan bagi tempoh 2018 – 2020 dan menyemarakkan lagi aktiviti pembacaan dalam kalangan mahasiswa, pensyarah serta warga universiti keseluruhannya.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Read@Uni UPM telah merangka pelbagai program dan aktiviti galakan membaca yang akan dilaksanakan di peringkat universiti bagi tempoh 2019 – 2020. Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM 2019 merupakan salah satu aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun ini sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Ybhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris di Majlis Pelancaran Read@Uni Peringkat UPM pada 12 April 2019.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua PTJ di UPM dan keputusan pertandingan akan diumumkan pada sambutan HKIP 2019. Oleh itu, pejabat Bahagian Audit Dalam turut mengambil peluang untuk menyertai pertandingan sudut bacaan ini di mana antara kriteria pertandingan adalah penetapan konsep adalah bebas, gambar sebelum dan selepas sudut bacaan yang diwujudkan, minimum 10 bahan bacaan, kreativiti dan inovasi dalam idea, susun atur perabot dan peralatan yang digunakan, kepelbagaian sumber atau bahan bacaan, membuat ulasan bagi salah satu bahan yang terdapat di sudut bacaan, ruang yang strategik dan kondusif serta menamakan sudut bacaan berkenaan.

 

 

 

 

Pejabat Bahagian Audit Dalam telah dinilai pada penjurian peringkat saringan pada 1 Oktober 2019 di mana panel juri terdiri daripada Puan Azleen Hassan (Senior Librarian, PSAS) dan Dr Rozita Radhuah Said (Pensyarah Kanan, FPP). Sudut bacaan ini diberi nama ‘LUBOOK’ yang mana telah diilhamkan oleh Encik Sharul Azman Ramli. Manakala ulasan bahan bacaan adalah buku yang bertajuk ‘Biografi Syed Mokhtar AlBukhary’ dan ‘77 Inspirasi Gaya Penjawat Awam’.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 14/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXETDAm~