Berita disediakan oleh: Pn. Noratyirah Kamit

SERDANG, 14 OGOS: Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia (UPM) telah selesai Penilaian Pertandingan Jalur Gemilang antara Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UPM sempena Program Semarak Merdeka UPM bagi tahun 2024.
Pada setiap tahun, Bahagian Audit Dalam antara PTJ yang tidak pernah ketinggalan untuk menyertai dan memberi sokongan atas usaha Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) selaku PTJ yang dipertanggungjawabkan dalam membawa semarak rasa Merdeka di UPM.

Bahagian Audit Dalam telah menggunakan bahan-bahan terpakai sebagai bahan utama untuk membuat dekorasi sebagai salah satu usaha untuk menyerlahkan lagi sambutan Merdeka disamping menyokong kepada pembentukan ekosistem yang mampan.
Penilaian diketuai oleh Encik Husalshah Rizal Hussian, Pengarah PKKSSAAS Bersama Angkatan Senifoto Kuala Lumpur (ASFON WP) telah disambut mesra oleh Ketua Audit Dalam UPM, Puan Zainora Abdul Talib serta pegawai dan staf Bahagian Audit Dalam.
Bersama kita semarak jiwa Merdeka.
Tarikh Input: 27/08/2024 | Kemaskini: 27/08/2024 | muhammad.isam

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.