PERTANDINGAN POTLUCK SIHAT BAHAGIAN AUDIT DALAM 2025 GALAK AMALAN PEMAKANAN SIHAT | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PERTANDINGAN POTLUCK SIHAT BAHAGIAN AUDIT DALAM 2025 GALAK AMALAN PEMAKANAN SIHAT

PERTANDINGAN POTLUCK SIHAT BAHAGIAN AUDIT DALAM 2025 GALAK AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Berita Disediakan Oleh : Pn. Siti Noratyirah Kamit, Bahagian Audit Dalam

Serdang, 23 Oktober 2025 – Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Pertandingan Potluck Sihat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Bahagian Audit Dalam. Program ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Kelestarian Hijau, Bahagian Audit Dalam bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan amalan pemakanan seimbang setiap hari.

Pertandingan ini menampilkan pelbagai idea dan kreativiti dalam penyediaan hidangan berkonsepkan “Sihat, Sedap dan Kos Efektif”. Antara kriteria penilaian yang diambil kira termasuklah nilai nutrisi, rasa hidangan, kreativiti persembahan serta pengurusan kos yang efektif.

Bagi memastikan penilaian yang telus dan profesional, urusetia turut menjemput dua orang juri khas daripada Jabatan Dietetik, Hospital Sultan Abdul Shah (HSAAS) UPM iaitu Encik Muhammad Ariff bin Abd Rahman, Pegawai Dietetik dan Puan Noor Farahanim binti Yusoff, Pegawai Sains. Kedua-dua juri ini berpengalaman luas dalam bidang dietetik dan pemakanan pesakit, sekali gus memberikan perspektif pakar dalam penilaian pertandingan.

Pertandingan ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan sihat, malah turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga Audit Dalam UPM.

Keputusan pertandingan akan diumumkan pada Mesyuarat Bahagian yang dijadualkan pada 24 Oktober 2025. Diharapkan melalui program seumpama ini, semua warga kerja dapat terus mengamalkan budaya pemakanan sihat serta mengekalkan persekitaran kerja yang positif, harmoni dan sejahtera.

Tarikh Input: 27/10/2025 | Kemaskini: 05/11/2025 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
X, (03:17:38pm-03:22:38pm, 16 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]