PERTANDINGAN KITAR SEMULA (FIKIR DULU SEBELUM BUANG) | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PERTANDINGAN KITAR SEMULA (FIKIR DULU SEBELUM BUANG)

PERTANDINGAN KITAR SEMULA (FIKIR DULU SEBELUM BUANG)

17 Ogos 2018, Jumaat  - Bahagian Audit Dalam telah mengadakan Pertandingan Kitar Semula yang telah disertai oleh semua staf Bahagian Audit Dalam. Pertandingan tersebut adalah berasaskan penggunaan dari bahan-bahan terpakai/terbuang. 

Antara bahan terpakai/terbuang yang digunakan adalah kertas, plastik beg, kotak, batang ais krim, botol air mineral, tin susu, baju T lama, Cengkerang laut (kulit kerang), bekas simpanan telor, botol sabun pencuci dan lain-lain. Pelbagai barang dan rekabentuk telah dihasilkan hasil dari idea tersendiri.

 

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk:-

- Menggalakkan pemikiran yang kreatif dan inovatif dikalagan staf Audit Dalam.

- Memberi ruang kepada staf untuk menunjukan kebolehan dalam  menghasilkan kreativiti masing-masing

- Mengeratkan hubungan sesama staf dalam mengejar budaya saing

- Mengelakkan pembaziran dengan penggunaan semula bahan-bahan terbuang.

 

 

Pembentangan hasil kreativiti staf tersebut telah dinilai dan diadili oleh Ketua Kelestarian Hijau dan Ketua 5s. 4 orang sahaja yang dipilih menjadi pemenang. Kriteria pemenang adalah berdasarkan :-

1 – Penggunaan sisa buangan sebagai sumber utama

2 – Kreativiti dan Idea

3 – Kekemasan dan Kebersihan

4 – Boleh digunakan dirumah/pejabat

 

Hasil dari penilaian juri, senarai pemenang adalah seperti berikut :-

  1. Pemenang Pertama : Pn. Nur Miera - menggunakan cengkerang laut (kulit kerang) untuk menghasilkan Bingkai gambar.
  2. Permenang Kedua: En. Mohd Faiz -  menggunakan bekas botol pencuci sabun untuk menghasilkan bekas pelbagai guna.
  3. Pemenang Ketiga : Pn. Zainora - menggunakan pintalan plastik (beg plastic) untuk menghasilkan Pasu Bunga.
  4. Pemenang Keempat : Cik Nor Anidah - menggunakan batang Ais Krim untuk menghasilkan set bekas alat tulis.

 

 

Semoga aktiviti ini dapat diteruskan untuk masa akan datang dan memberi manfaat kepada ramai pihak. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang!!

 

Berita disediakan oleh Pn.Noraini Noordin (Pembantu Tadbir PO)

Tarikh Input: 19/09/2018 | Kemaskini: 22/01/2019 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDcTAd~