UPM SERDANG, 25 September 2024 – Konsep perkongsian ilmu adalah amat penting dalam sesebuah organisasi. Semakin ramai orang tahu tentang sesuatu ilmu itu, semakin meningkatlah kefahaman tentang sesuatu perkara serta membantu produktiviti kerja.
Sehubungan dengan itu, Bahagian Audt Dalam telah mengambil inisiatif dengan mengadakan perkongsian ilmu yang melibatkan setiap pekerja di Bahagian Audit Dalam dan dijadikan aktiviti bulanan. Inisiatif ini juga memberi peluang kepada setiap pekerja untuk berkongsi ilmu latihan/kursus/seminar yang telah dihadiri kepada rakan sekerja yang lain.
Giliran perkongsian ilmu kali ini di bulan September 2024 melibatkan 2 orang pekerja iaitu Encik Mohd Azis bin Abdullah dan En. Mohd Nasarudin Ismail.
Perkongsian ilmu dimulakan oleh En. Mohd Nasarudin Ismail dengan tajuk berkaitan ‘Kaedah pengisian permohonan pembelian (RO) melalui Sistem Kewangan Putra Finance ’. Beliau telah menerangkan kaedah pengisian sehingga ke peringkat kelulusan RO tersebut.

Perkongsian ilmu seterusnya disambung oleh Encik Mohd Azis bin Abdullah berkaitan dengan ‘COSO – based Internal Auditing’. Beliau telah menerangkan berkaitan dengan 5 framework COSO serta 17 prinsipal yang terdapat di dalam COSO.

Semoga perkongsian ilmu yang diberikan dapat memberikan kefahaman dan manfaat kepada setiap pekerja di dalam Bahagian Audit Dalam dan aktiviti perkongsian ini dijadikan amalan yang berterusan.
Tarikh Input: 26/09/2024 | Kemaskini: 27/09/2024 | muhammad.isam

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.