PERASMIAN KEDAI BUKU PENERBIT UPM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PERASMIAN KEDAI BUKU PENERBIT UPM

PERASMIAN KEDAI BUKU PENERBIT UPM

Oleh : Noraini Nordin

 

UPM Serdang, 27 September 2019 (Jumaat) – Penerbit Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Majlis Perasmian Kedai Buku Penerbit UPM . majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg.  Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM. Semua Ketua-Ketua PTJ telah dijemput untuk  meraikan Majlis Perasmian tersebut, tidak terkecuali juga semua staf di Bahagian Audit Dalam.

Beliau berkata Kedai Buku Penerbit ini adalah salah satu tempat yang perlu dikunjungi oleh pelawat UPM yang menjalankan lawatan di sekitar UPM.

Majlis ini  telah mengapresiasikan Karyawan-karyawan yang berjaya menerbitkan buku-buku yang berkualiti tinggi  yang telah banyak terjual. Ramai Pensyarah dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi yang terlibat dalam penerbitan ini dan  memenangi hadiah tersebut.

Pihak Penerbit juga telah memberi cenderamata berupa beberapa buah buku kepada 5 buah sekolah disekitar Serdang bagi mempromosikan lagi hasil hasil karyawan di UPM.

Dengan adanya Kedai Buku Penerbit ini, akan memberi peluang kepada karyawan-karyawan UPM agar dapat memperkembangkan dan memperluaskan lagi bakat mereka, juga memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar juga pekerja untuk membeli buku disini.

 

Tarikh Input: 08/10/2019 | Kemaskini: 08/10/2019 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEZRAS~