Oleh : En. Zainal Abidin Ahmad
SERDANG 10 Julai 2024 - bersamaan dengan hari Rabu yang lalu, Bahagian Audit Dalam telah dinilai oleh dua(2) orang penilai luar untuk proses penilaian read@UNI . Ianya bertujuan untuk menilai tahap inisiatif yang telah dilaksanakan oleh setiap PTJ di dalam komitmen pertandingan perpustakaan mini yang telah dianjurkan oleh pihak Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM.
Penilai yang telah dilantik untuk menilai Read@UNI di Bahagian Audit Dalam terdiri daripada dua(@) orang penilai (Pustakawan) daripada pihak Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM iaitu Puan Nabihah Kamaruddin dan En. Khairul Anwar Zulkifli. Penilaian telah bermula pada sesi sebelah pagi sahaja dari jam 9 pagi hingga 11 pagi. Penilaian adalah berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur iaiti dari segi kecerian, kepelbagaian, tarikan, jaringan dengan pihakluar dalam kampus, perancangan masa hadapan dan beberapa lagi kriteria.
Penilaian dimulakan dengan penerangan mukaddimah dari Ketua bahagian Audit Dalam iaitu Puan Zainora Abu Talib dan seterusnya penerangan tentang perlaksanaan terperinci tentang Projek Read@UNI di Bahagian Audit Dalam oleh Ketua projek Read@UNI iaitu Puan Nor Anidah Rosli. Seterusnya penilaian telah dilakukan oleh kedua-dua penilaian melalui lawatan ke Lokasi Read@UNI Bahagian Audit Dalam yang bertempat di ruang sudut bacaan Bahagian Audit bersebelahan dengan bilik surau.
Pihak penilai menzahirkan kepuashatian terhadap komitmen, inisiatif dan usaha yang telah dilakukan oleh para Ahli Jawatankuasa Pelaksana Read@UNI Audit Dalam khususnya dan juga oleh warga kakitangan Bahagian Audit Dalam umumnya.Pelbagai idea kreatif yang telah dilaksanakan oleh pihak Audit Dalam untuk memupuk semangat minat membaca di kalangan warga kakitangan. Atas usaha itu juga mendapat pujian dari pihak penilai yang telah menjalan penilaian pada hari tersebut.
Syabas diucapkan kepada semua warga Audit Dalam yang memberikan kerjasama untuk memastikan projek Read@UNI Bahagian Audit Dalam ini berjaya.
Tarikh Input: 29/07/2024 | Kemaskini: 29/07/2024 | muhammad.isam

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.