UPM Serdang, 12 September 2022 – Bahagian Audit Dalam telah menerima kunjungan 2 panel juruaudit EKSA yang diketuai oleh Pn. Nor Hasuzie Abdullatif dari Kolej Dua Belas dan En. Abdul Razak O A Abdul Kareem dari INTROP. Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja merupakan salah satu daripada anugerah yang dipertandingkan sempena sambutan Hari Kualiti Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM tahun 2022.
Audit Dalam sangat komited dalam kerja berpasukan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif seterusnya meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan di samping menonjolkan imej korporat di PTJ.
Audit Dalam akan memastikan pelbagai inovasi baharu terus diketengahkan dalam kalangan warga UPM.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ketua Bahagian Audit Dalam dan semua warga pekerja Audit Dalam yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam memastikan semua sudut mematuhi kriteria yang telah ditetapkan. Semoga teguran dan penemuan tahun ini dapat menyuntik idea baharu untuk lebih cemerlang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 26/09/2022 | Kemaskini: 04/10/2022 | muhammad.isam
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.