Berita Oleh : En Mohd Nasarudin Ismail | Bahagian Audit Dalam
Serdang, 22 Mei 2025 – Penilaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran penilai luar iaitu TS Mohd Dinul Syahidi Sabardin dan En Fadhlil Zakuan Ahmad Fadzil.

Penilaian ini memainkan peranan penting dalam menilai tahap pematuhan dan keberkesanan pelaksanaan EKSA selari dengan komitmen UPM ke arah mewujudkan budaya kerja yang berkualiti, seragam dan persekitaran pejabat yang sistematik. Selain itu, EKSA juga merupakan salah satu kriteria utama dalam pemarkahan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM bagi tahun 2025/2026.

Sepanjang sesi penilaian, pelbagai aspek telah diperincikan termasuk pengurusan ruang kerja, penyelenggaraan dokumentasi, amalan kebersihan, serta pematuhan terhadap standard yang ditetapkan dalam kerangka EKSA. Penilai memberikan maklum balas yang sangat positif, khususnya terhadap kesungguhan dan komitmen warga bahagian dalam mengekalkan persekitaran kerja yang kondusif.
Penilaian ini diakhiri dengan sesi bergambar sebagai tanda penghargaan dan kenangan, serta berakhir pada jam 12:30 tengah hari.
Tarikh Input: 28/05/2025 | Kemaskini: 28/05/2025 | faiz_suparman

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.