PENILAIAN AKHIR EKSA BAHAGIAN AUDIT DALAM TAHUN 2022 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PENILAIAN AKHIR EKSA BAHAGIAN AUDIT DALAM TAHUN 2022

PENILAIAN AKHIR EKSA BAHAGIAN AUDIT DALAM TAHUN 2022

Berita disediakan oleh : Pn. Balqis Md Ruslan 

 

PENILAIAN AKHIR EKSA BAHAGIAN AUDIT DALAM TAHUN 2022

UPM Serdang, 6 Oktober 2022 – Bahagian Audit Dalam telah menerima kunjungan tiga (3) panel juruaudit EKSA bagi Penilaian Akhir EKSA yang diketuai oleh Puan Nurainakmal Binti Kamal Bahrin (Pusat Pertanian Putra), Puan Azhana Binti Abdullah (iDEC), dan Puan Nor Hasni Binti Zahari (Fakulti Kejuruteraan).

 

 

Pada 12 September 2022 yang lalu, Bahagian Audit Dalam telah diaudit oleh penilai luar PTJ dan berjaya ke peringkat akhir penilaian EKSA. Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja yang melibatkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) merupakan salah satu daripada anugerah yang dipertandingkan sempena sambutan Hari Kualiti Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM tahun 2022.

 

Sepanjang proses ke arah EKSA, Audit Dalam telah menunjukkan komitmen serta kerja berpasukan yang terbaik dalam mewujudkan sebuah persekitaran tempat kerja yang kondusif. Hal ini secara tidak langsung dapat menyumbang terhadap penyampaian perkhidmatan yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, Audit Dalam akan sentiasa mencuba dalam memastikan pelbagai inovasi baharu terus diketengahkan dalam kalangan warga UPM.

 

Bahagian Audit Dalam ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Ketua Bahagian dan semua warga pekerja Audit Dalam yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam memastikan semua sudut mematuhi kriteria yang telah ditetapkan. Semoga teguran dan penemuan tahun ini dapat menyuntik idea baharu untuk lebih cemerlang.

Tarikh Input: 13/10/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdXAS~