Berita Oleh : Puan Marziati Md Din (Pegawai Kewangan Bahagian Audit Dalam)
UPM SERDANG 3 September 2024 – Unit Audit Dalam Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah (MAIWP) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Bahagian Audit Dalam UPM. Delegasi ini disertai oleh 6 orang pekerja unit audit dalam PPZ yang diketuai oleh Puan Norfadzlina Binti Mohamed.
Perbincangan dimulakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Audit Dalam tepat jam 10.00pagi dengan perkongsian proses pengauditan yang dijalankan oleh Bahagian Audit Dalam UPM. Puan Zainora Abdul Talib selaku Ketua Audit Dalam UPM memberi pengenalan terlebih dahulu mengenai Universiti Putra Malaysia dan disusuli berkenaan kaedah, sistem dan pemantauan bagi pengauditan yang dilaksanakan bermula dari perancangan.

Ketua Audit Dalam UPM juga menerangkan mengenai penilaian risiko yang perlu dilaksanakan bagi setiap proses pengauditan yang dijalankan dengan menjelaskan kaedah penarafan risiko ke atas isu-isu audit. Setiap kerja dan pelaksanaan audit dalam di UPM adalah selari dengan International Professional Practices Framework (IPPF) yang dikeluarkan oleh Institute of Internal Auditors.

Bahagian Audit Dalam UPM menzahirkan jutaan terima kasih diatas kehadiran delegasi PPZ dan berharap agar apa yang dikongsikan memberi manfaat bersama. Perbincangan penanda aras ini tamat pada jam 12:00 tengah hari dengan sesi bergambar dan jamuan ringkas.
Tarikh Input: 24/09/2024 | Kemaskini: 24/09/2024 | faiz_suparman

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.