Berita Disediakan Oleh : En. Zainal Abidin Ahmad
KUALA LUMPUR - 2 Disember 2024 (Isnin), Bertempat di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur telah Majlis Graduasi dan Anugerah Korporat IIAM. Pada majlis tersebut, Bahagian Audit Dalam UPM telah menerima pengiktirafan sebagai Ahli Setia peringkat Korporat selama 15 tahun secara berterusan dengan sangat baik (Loyal Corporate Member). Pengiktirafan peringkat Jubli Kristal tersebut telah disampaikan kepada Puan Zainora Abdul Talib selaku Ketua Bahagian Audit Dalam, Universiti Putra Malaysia.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada badan korporat yang lain untuk sama meraikan serta menerima anugerah dan pengiktirafan dalam pelbagai kategori. Pihak warga Audit Dalam, UPM khususnya merasa berbangga di atas pengiktirafan yang telah diberikan oleh Institut Juru Audit Dalam Malaysia (IIAM).Diharapkan semoga kesetiaan keanggotaan ini akan kekal berterusan pada tahun-tahun yang akan datang.

Pihak Bahagian Audit Dalam UPM juga ingin menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Institut Juru Audit Dalam Malaysia di atas pengiktirafan yang telah diberikan kepada kami (Bahagian Audit Dalam, UPM).
Tarikh Input: 27/12/2024 | Kemaskini: 27/12/2024 | muhammad.isam

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.