Berita Oleh: Jawatankuasa Laman Web Bahagian Audit Dalam
SERDANG 26 SEPTEMBER 2024 - Bahagian Audit Dalam UPM telah menerima kunjungan penanda aras oleh Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta, Indonesia. Kunjungan ini disambut oleh Encik Sharul Azman Ramli, Pegawai Kewangan (Audit) yang mewakili Ketua Audit Dalam UPM.

Kunjungan penanda aras ini merupakan salah satu inisiatif Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta, Indonesia untuk melihat tadbir urus dalam semua aspak pengauditan yang dijalankan di Universiti Putra Malaysia yang boleh dipelajari dan diambil untuk menambahbaik proses disana.

Perbincangan telah dipengerusikan oleh Encik Sharul Azman Ramli yang menerangkan beberapa perkara iaitu pengurusan tadbir urus di audit dalam di UPM, penarafan impak risiko RAT dan isu audit, integriti dan kerahsiaan, SAIV, audit governan,audit ICT, continuous audit dan pelaksanaan kelestarian di audit dalam UPM.

Bahagian Audit Dalam UPM berbesar hati dengan kunjungan ini dan berharap sesi perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang hadir.
Tarikh Input: 07/10/2024 | Kemaskini: 07/10/2024 | faiz_suparman

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.