PENGAUDITAN BERASASKAN RISIKO MENGIKUT KERANGKA KERJA COSO | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PENGAUDITAN BERASASKAN RISIKO MENGIKUT KERANGKA KERJA COSO

PENGAUDITAN BERASASKAN RISIKO MENGIKUT KERANGKA KERJA COSO

Serdang 27 April 2021 – Pendekatan amalan kerja pengauditan berasaskan risiko secara Risk Based Internal Audit Analysis(RBIA) telah lama digunakan oleh Bahagian Audit Dalam UPM. Bagi menambahbaik fungsi dan proses kerja, Bahagaian Audit Dalam telah menggunakan pendekatan pengauditan berasaskan risiko mengikut kerangka kerja COSO(Committee of Sponsoring Organizations of the Treadway Commission) sebagai pendekatan baharu bermula tahun 2018.

Kerangka kerja COSO merupakan kawalan dalaman satu proses yang dijalankan keatas lembaga pengarah, pengurusan, pusat tanggungjaawab dan pekerja untuk memberikan jaminan yang munasabah bagi mencapai objektif dalam kategori keberkesanan dan kecekapan operasi , kebolehpercayaan pelaporan kewangan dan pematuhan undang-undang dan peraturan yang berlaku.

 

Kerangka kerja COSO atau dikenali sebagai COSO Framework merupakan kaedah pengauditan  berasaskan risiko bagi memenuhi piawaian standard International Professional Practices Framework (IPPF) di bawah Institut Audit Dalam Malaysia (IIAM).

Melalui Biro Pembangunan Kompetensi, Jawatankuasa Audit Dalam Universiti Awam, satu seminar berkaitan kerangka kerja COSO telah dianjurkan pada 24 April 2021 secara atas talian yang dibawah khas dari pejabat Institut Audit Dalam Malaysia (IIAM). Seminar ini diselia oleh Unit Audit Dalam Universiti Kebangsaan Malaysia dan disampaikan oleh  Mr Santosh Govind, Board of Governor, IIA Malaysia.

Sesi seminar ini memberi pelbagai pendekatan terkini yang boleh diadaptasikan dalam setiap pengauditan yang akan dan sedang dijalankan di Universiti Putra Malaysia disamping meningkatkan kawalan dalaman pengurusan Pusat Tanggungjawab di UPM amnya.

 

Penglibatan Bahagian Audit Dalam ini juga bertepatan dengan hasrat Ahli Lembaga UPM amnya dan Jawatankuasa Audt UPM khasnya bagi membantu dan memastikan Universiti Putra Malaysia berada dilandasan urus tadbir yang baik.

 

Ketua Audit Dalam mengharapkan agar setiap warga Bahagian Audit Dalam mengambil input setiap penerangan yang diberi bagi menambah baik mutu pengauditan agar setiap pengauditan yang dijalankan selari dengan standard International Professional Practices Framework (IPPF).

Tarikh Input: 23/05/2021 | Kemaskini: 23/05/2021 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEULAG~