Pembukaan Operasi Pejabat Bahagian Audit Dalam | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Pembukaan Operasi Pejabat Bahagian Audit Dalam

Pembukaan Operasi Pejabat Bahagian Audit Dalam

Berita disediakan oleh : En. Mohd Nasarudin Ismail (Pen. Akauntan)

 

Serdang: 29 Mei 2020, UPM beroperasi semula dalam keadaan terkawal bermula 1 Jun 2020 di mana pejabat akan dibuka semula dengan staf bertugas secara bergilir mengikut susunan dan perancangan penyelia/ketua jabatan. Sehubungan itu, Bahagian Audit Dalam UPM telah mengambil langkah berjaga-jaga melaksanakan kerja-kerja Disinfeksi-Sanitasi ruang kerja serta persekitaran yang terlibat sebelum pejabt dibuka.

  

Kerja-kerja sanitasi serta penyediaan ruang saringan kesihatan telah bermula jam 8 pagi dan tamat 12 tengah hari. Antara mereka yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini adalah wakil staf Bahagian Audit Dalam serta pekerja syarikat pencucian.

 

  

Aktiviti ini dilihat sedikit sebanyak membantu mencegah penularan virus Corona (Covid-19) serta memberi keyakinan kepada para pekerja terhadap tahap kebersihan serta keselamatan ruang kerja Bahagian Audit Dalam.

#KITA JAGA KITA..

Tarikh Input: 24/06/2020 | Kemaskini: 25/11/2020 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXERGAe~