Pembentangan Anugerah Inovasi Perkhidmatan UPM 2024 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Pembentangan Anugerah Inovasi Perkhidmatan UPM 2024

Pembentangan Anugerah Inovasi Perkhidmatan UPM 2024

Oleh : En. Wan Muhammad Isam Wan Ismail

 

SERDANG, 22 Julai – Bahagian Audit Dalam turut serta dalam Anugerah Inovasi Perkhidmatan UPM 2024 dengan penyertaan 2 projek inovasi iaitu Vehicle Management Control (VMAC) yang diketuai oleh En. Mohd Azis Abdullah dan projek inovasi Borang Pinjaman Buku (BPB) diketuai oleh Cik Nurrul Syakira Bakhtiar.

 

1) Vehicle Management Control (VMAC)

VMAC merupakan aplikasi yang mentransformasikan kawalan rekod dan pemantauan pengurusan kenderaan secara manual kepada aplikasi digital yang bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan kenderaan, mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan operasi.

VMAC berfungsi untuk merekod, memantau, mengawal, dan menguruskan kenderaan PTJ dengan lebih efektif merangkumi pelbagai fungsi seperti menjejaki lokasi kenderaan, penjadualan penyelenggaraan, pengurusan penggunaan bahan api, dan memastikan keselamatan pemandu.

 

2) Borang Pinjaman Buku (BPB)

'S.P.S" merupakan 'tools' atau kaedah yang dibangunkan untuk merekod, memantau dan mengetahui status pergerakan buku di Bahagian Audit Dalam yang telah dipinjam dan digunakan.

Tarikh Input: 29/07/2024 | Kemaskini: 29/07/2024 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
X, (10:18:11am-10:23:11am, 21 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]