PEMATUHAN KEPADA PERATURAN KEHADIRAN BERTUGAS | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PEMATUHAN KEPADA PERATURAN KEHADIRAN BERTUGAS

PEMATUHAN KEPADA PERATURAN KEHADIRAN BERTUGAS

Serdang -  21 Disember 2017 : Bahagian Audit Dalam UPM telah mengadakan taklimat hasil pemerhatian keatas Audit Pengurusan Pemantauan Kehadiran staf di Universiti Putra Malaysia (UPM). Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi membentangkan hasil pemerhatian audit yang telah dilaksanakan pada Mac 2017. Objektif utama pengauditan ini memastikan setiap staf dan Pusat Tanggungjawab di Universiti Putra Malaysia selaku kakitangan kerajaan mematuhi peraturan bertugas seperti mana yang ditetapkan.

UPM menggunapakai Surat Pekeliling Am Bil.1 Tahun 2004 (Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik di Agensi-Agensi Kerajaan) yang dibaca bersama Pekeliling Am Bil 11 Tahun 1981 (Penggunaan Kad Perakam Waktu) di mana semua staf adalah perlu merakamkan kedatangan setiap pagi tidak melebihi pukul 8.00 pagi dan rakaman pulang tidak cepat daripada 5.00 petang.  UPM juga membenarkan staf untuk memilih waktu anjal, iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang atau 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

 

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan UPM bilangan 1 tahun 2012: Pengendalian dan pengurusan kes-kes ketidakhadiran bertugas pegawai UPM, Ketua PTJ dan Timbalan Pendaftar/ Penolong Pendaftar adalah bertanggungjawab untuk memantau kehadiran staf dan jika seseorang itu tidak menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas staf-staf bawahannya atau tidak mengambil tindakan terhadap staf bawahannya yang melanggar tatakelakuan yang dinyatakan akan disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya dan tindakan tatatertib boleh dikenakan ke atas staf tersebut.

 

Peraturan dan garis panduan yang digunapakai oleh UPM setakat pengauditan di jalankan adalah seperti berikut:-

Bil

Peraturan

Perkara

1

Surat Pekeliling Am Bil. 11, tahun 1981

Arahan penggunaan kad perakam waktu bagi mengawal waktu pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan.

2

Surat Pekeliling Am Bil. 1 tahun 2004

Garis panduan penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik oleh agensi-agensi kerajaan.

3

Pekeliling Pendaftar Bilangan 1 Tahun 2005

Pengendalian dan pengurusan kes-kes ketidakhadiran

4

Surat Pendaftar bertarikh 3 Julai 2007 diedarkan ke semua PTJ

(a)      Mengedarkan Surat Pekeliling Am Bil. 11, tahun 1981 dan Surat Pekeliling Am Bil. 1 tahun 2004

(b)      Meminta ketua-ketua PTJ memberi perhatian serius terhadap penggunaan kad perakam waktu dan memastikan bahawa staf di bawah seliaannya membuat rakaman waktu datang ke pejabat dan pulang daripada pejabat.  Laporan bulanan diminta dihantar ke Pejabat Pentaftar untuk pemantauan.

(c)      Panduan umum untuk staf akademik, rakaman datang dan pulang hendaklah tidak kurang daripada 45 jam/ minggu.

5

Surat Pejabat Pendaftar bertarikh 15 Disember 2011

Panduan Mengurus Staf Tidak Hadir Bertugas Tanpa Cuti atau Tanpa Terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah (juga boleh diakses di laman web Pejabat Pendaftar)

6

Kit panduan menguruskan staf tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munsabah.

Tarikh efektif adalah 2 Januari 2012.  Kit ini dikemaskini pada tahun 2013.

7

Pekeliling Perkhidmatan UPM Bilangan 1 tahun 2012:  Pengendalian dan Pengurusan Kes-kes Ketidakhadiran Bertugas Pegawai UPM

Pekeliling ini menerangkan:-

(a)  tindakan yang boleh diambilkan tindakan keatas pegawai yang tidak hadir tanpa cuti, tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah boleh diambil tindakan mengikut Akta 605

(a)  Tanggungjawab Ketua PTJ dan Timbalan Pendaftar/penolong pendaftar untuk memastikan pekeliling ini dilaksanakan

(b)  Staf yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas staf-staf bawahannya atau tidak mengambil tindakan terhadap staf bawahannya yang melanggar tatakelakuan yang dinyatakan akan disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab.

8

Akta 605: Akta badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj ) 2000. 

Bahagian III :  Ketidakhadiran Tanpa Cuti.

 

Taklimat ini dihadiri oleh 79 Pusat Tanggungjawab di UPM dan hasil maklumbalas adalah positif daripada wakil Pusat Tanggungjawab tentang pematuhan dan pemakaian peraturan yang sedang berkuatkuasa.

 

BERITA DISEDIAKAN OLEH: Mohd Faiz Suparman (Pegawai Kewangan [Audit])

Tarikh Input: 16/01/2018 | Kemaskini: 08/10/2018 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXERFAG~