Berita Disediakan Oleh : Pn. Marziati Md Din, Bahagian Audit Dalam UPM

SERDANG, 13 April 2026 – Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pengurusan persekitaran kerja, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) telah melaksanakan Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Bahagian Audit Dalam, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.
Lawatan ini merupakan langkah proaktif IPSAS untuk mempelajari amalan terbaik (best practices) serta mendapatkan inspirasi inovasi daripada Bahagian Audit Dalam yang terkenal dengan rekod pengurusan yang cemerlang dan sistematik.
Delegasi IPSAS yang terdiri daripada ahli jawatankuasa pelaksana EKSA yang diketuai oleh Encik Din bin Ayob memfokuskan kepada dua kriteria utama iaitu sistem simpanan rekod fail EKSA dan Sudut EKSA yang dilaksanakan secara digital.
Pengerusi dan Fsilitator EKSA Bahagian Audit Dalam, dalam ucapan alu-aluannya menekankan bahawa kunci kejayaan EKSA terletak pada konsistensi dan kerjasama berpasukan. Beliau turut berkongsi bagaimana penggunaan sistem fail digital yang efisien dapat mengurangkan tempoh pencarian maklumat dan penjimatan penggunaan kertas di pejabat.
"Penandaarasan ini bukan sekadar untuk memenuhi kriteria audit, tetapi bertujuan untuk menyuntik semangat baharu kepada warga IPSAS agar lebih produktif dalam persekitaran yang kondusif," ujar Ketua Delegasi IPSAS.
Sesi lawatan diakhiri dengan aktiviti walkabout di mana para peserta diberikan peluang untuk melihat sendiri zon-zon kerja di Bahagian Audit Dalam. Peserta lawatan dilihat sangat berminat dengan penggunaan bahan inovasi murah yang mampu memberikan impak visual dan organisasi yang tinggi.
Hasil daripada lawatan ini, IPSAS akan merangka pelan tindakan susulan untuk mengadaptasi elemen-elemen yang relevan bagi memastikan sasaran mengekalkan tahap kecemerlangan sedia ada dapat dicapai dengan jayanya.
Tarikh Input: 30/04/2026 | Kemaskini: 30/04/2026 | muhammad.isam

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.