OLEH : JAWATANKUASA LAMAN WEB AUDIT DALAM UPM
SERDANG 27 Mei 2024 – Dalam usaha untuk mengekalkan Pensijilan MS ISO 9001:2015. Bahagian Audit Dalam telah melaksanakan audit kendiri pemantauan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2015 secara semakan silang fail projek audit antara kumpulan pengauditan yang melibatkan 3 seksyen pengauditan dan juga seksyen pentadbiran Bahagian Audit Dalam UPM.

Pengauditan kendiri yang dilaksanakan ini bermula 27 Mei 2024 sehingga 29 Mei 2024. MS ISO 9001:2015 adalah satu standard bertulis yang menetap dan menerangkan keperluan asas yang perlu ada dalam Sistem Pengurusan Kualiti bagi memastikan produk/perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan.
Terdahulu, Bahagian Audit Dalam UPM telah dibuat oleh badan bebas luar iaitu (INSTITUTE OF INTERNAL AUDITORS MALAYSIA (IIA Malaysia) dan hasil penilaian, Bahagian Audit Dalam mematuhi IIA's Standards for The Profesional Practice of Internal Auditing berdasarkan penilaian yang telah dilaksanakan.
Ketua Audit Dalam mengucapkan terima kasih kepada warga Bahagian Audit Dalam untuk komitmen dan melancarkan proses penilaian yang telah dilaksanakan dan penilaian yang akan dilaksanakan oleh penilai bebas dimasa akan datang.

Tarikh Input: 28/05/2024 | Kemaskini: 28/05/2024 | faiz_suparman

Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.