NYAWA KEDUA UNTUK PAKAIAN LAMA | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » NYAWA KEDUA UNTUK PAKAIAN LAMA

NYAWA KEDUA UNTUK PAKAIAN LAMA

Berita disediakan oleh: Pn. Balqis Binti Md Ruslan (Pembantu Tadbir)

 

UPM Serdang, 11 Mei 2023- Bahagian Audit Dalam terus mengorak langkah dalam usaha membudayakan amalan kelestarian hijau dalam kalangan warga Audit Dalam dengan menganjurkan Hari Kitar Semula Pakaian Terpakai bertempat di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) pada jam 12.00 tengahari.

Selain daripada pakaian, barangan berasaskan fabrik seperti langsir, cadar, selimut serta mainan turut diterima. Ia merupakan inisiatif Bahagian Audit Dalam bagi menyokong amalan go green yang diterapkan oleh UPM. Sumbangan pakaian terpakai ini bukan sahaja dapat mengurangkan pembuangan pakaian di tempat pembuangan sampah malah dapat memberi kekemasan kepada rumah sendiri. Tambahan pula, pakaian yang tidak elok boleh dapat ‘diselamatkan’ dan diberi ‘nyawa kedua’ dengan dikitar semula mengikut keperluan.

Diharapkan program seperti ini dapat dilakukan secara berkala setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran di kalangan staf bagi mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian.

Tarikh Input: 15/05/2023 | Kemaskini: 21/06/2023 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEbIAE~